Monday, 9 January 2017

Stres!!!!!


 Daripada: Nur Ain Syafiah & Irdina Mia Sara


Assalamualaikum dan salam sejahtera pembuka bicara. Yang saya hormati, Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi adil, barisan pembangkang yang budiman, dan hadirin sekalian. Saya selaku barisan pencadang tetap berdiri teguh mempertahankan tajuk perbahasan kita pada hari ini  iaitu, “Kesan Stres Terhadap Manusia”.
Hadirin yang dimuliakan,
       Perkataan stres  berasal daripada perkataan “GREEKyang bermaksud “Ketat” atau “Tegang”.Barlow (1999) pula menyatakan bahawa stres berpunca daripada gerak balas fisiologi tubuh badan terhadap “Stressor” yang melibatkan perubahan dan memerlukan adaptasi.
        Stres adalah kesan daripada permintaan terhadap badan, maka apabila semua permintaan ini melebihi keupayaan badan untuk memenuhi atau mengatasinya, akan berlakulah ketegangan. Seseorang yang dilanda stress akan mengalami kecelaruan fikiran yang menyebabkan fikiran menjadi kusut dan emosinya akan terganggu.
          Kajian di Malaysia menunjukkan terdapat perbezaan dari segi kadar bunuh diri diantara kaum akibat stress.
           Stres dibahagikan kepada dua bahagian iaitu eustress dan distress. Eustres adalah stress yang menghasilkan kesan positif dan kegembiraan pada seperti perkahwinan, naik pangkat, mendapat ahli keluarga baharu, dan berpindah rumah.Distres adalah stress yang mengakibatkan kesan negative kepada mangsa seperti kematian, kemalangan jalan raya, dan mendapat penyakit.
SEKIAN TERIMA KASIH.                        

No comments:

Post a Comment