Stres atau tekanan perasaan,
Apa sebenarnya dimaksudkan dengan tekanan perasaan?
Tekanan perasaan terhasil apabila kuasa luaran bertindak ke atas sebuah struktur, sistem atau organisma dan mengganggu keseimbangan atau menghasilkan tekanan kepada diri. (Kamus Perubatan Taber).
Dalam erti kata lain, tekanan perasaan terhasil diakibatkan sebarang faktor emosi, fizikal, social, ekonomi atau faktor-faktor lain yang memerlukan tindakbalas atau perubahan. Secara amnya ramai berpendapat bahawa sedikit tekanan tidak mengapa (kadangkala tekanan ini dikenali sebagai cabaran atau tekanan positif) tetapi apabila tekanan berlaku melebihi jumlah yang mampu ditanggung, perubahan mental dan fizikal mungkin berlaku.
Tekanan di tempat kerja merupakan tindakbalas emosi dan fizikal yang terjadi apabila berlaku konflik di antara kehendak pekerjaan terhadap pekerja dan kebolehan pekerja memenuhi kehendak dan jangkaan tersebut.
Tekanan mempunyai impak terhadap kesihatan pekerja secara keseluruhan. Badan kita dicipta dengan tindakbalas automatik terhadap tekanan. Sistem ini amat berkesan untuk tindakbalas jangka pendek yang diperlukan untuk menghadapi situasi bahaya. Masalahnya badan kita bertindakbalas terhadap semua jenis tekanan dengan cara yang sama.
Sekiranya kita menghadapi tekanan untuk jangkamasa yang lama (seperti tekanan pada aras yang rendah tetapi secara konsisten di tempat kerja) akan mengaktifkan tindakbalas ini tetapi tidak memberi peluang untuk badan memberhentikannya.
Respon badan yang telah “diprogramkan” dinamakan “Respon Umum terhadap Tekanan” termasuk;
Lazimnya, punca tekanan adalah sesuatu yang tidak dapat diubah secara serta merta. Maka, adalah amat penting untuk mencari jalan untuk mengekalkan kesihatan. Terdapat pelbagai kaedah untuk menangani tekanan secara proaktif.
Antara stres boleh dilihat secara positif dan stres positif turut dikenali sebagai "Eustres". Eustres dianggap baik untuk manusia kerana ia menjadikan manusia lebih bertenaga dan bersemangat untuk menghadapi kehidupan.
# Meningkatkan motivasi diri.
# Meningkatkan amalan dan usaha.
# Merangsang individu mempertahan dan melindungi diri.
# Meningkatkan potensi diri.
Antara kesan stres negatif ialah:
# Emosi atau perasaan berubah secara tiba-tiba.
# Sukar untuk menyelesaikan masalah.
# Prestasi diri merosot.
# Kurang idea akibat sukar berfikir secara fokus.
# Mudah lupa kerana hilang tumpuan.
Itu sahaja yang kami dapat kongsikan.
Sekian Terima Kasih.
Nisreen Izzati dan Anis Syamimi

- Peranan dalam organisasi
- Pembentukan kerjaya
- Hubungan dengan rakan sekerja
- Iklim organisasi
Tekanan mempunyai impak terhadap kesihatan pekerja secara keseluruhan. Badan kita dicipta dengan tindakbalas automatik terhadap tekanan. Sistem ini amat berkesan untuk tindakbalas jangka pendek yang diperlukan untuk menghadapi situasi bahaya. Masalahnya badan kita bertindakbalas terhadap semua jenis tekanan dengan cara yang sama.
Sekiranya kita menghadapi tekanan untuk jangkamasa yang lama (seperti tekanan pada aras yang rendah tetapi secara konsisten di tempat kerja) akan mengaktifkan tindakbalas ini tetapi tidak memberi peluang untuk badan memberhentikannya.
Respon badan yang telah “diprogramkan” dinamakan “Respon Umum terhadap Tekanan” termasuk;
- Peningkatan tekanan darah
- Peningkatan metabolisma (contoh: Peningkatan denyutan jantung, peningkatan pernafasan)
- Pengurangan sintesis protein, pergerakan usus (pencernaan), sistem imun dan alahan.
- Peningkatan koleterol dan asid lemak di dalam darah untuk sistem penghasilan tenaga.
- Radang setempat (kemerahan, bengkak, panas, dan kesakitan)
- Pembekuan darah yang lebih pantas
- Peningkatan penghasilan gula dalam darah untuk tenaga
- Peningkatan penghasilan asid di dalam perut
Lazimnya, punca tekanan adalah sesuatu yang tidak dapat diubah secara serta merta. Maka, adalah amat penting untuk mencari jalan untuk mengekalkan kesihatan. Terdapat pelbagai kaedah untuk menangani tekanan secara proaktif.
Antara stres boleh dilihat secara positif dan stres positif turut dikenali sebagai "Eustres". Eustres dianggap baik untuk manusia kerana ia menjadikan manusia lebih bertenaga dan bersemangat untuk menghadapi kehidupan.
# Meningkatkan motivasi diri.
# Meningkatkan amalan dan usaha.
# Merangsang individu mempertahan dan melindungi diri.
# Meningkatkan potensi diri.
Antara kesan stres negatif ialah:
# Emosi atau perasaan berubah secara tiba-tiba.
# Sukar untuk menyelesaikan masalah.
# Prestasi diri merosot.
# Kurang idea akibat sukar berfikir secara fokus.
# Mudah lupa kerana hilang tumpuan.
Itu sahaja yang kami dapat kongsikan.
Sekian Terima Kasih.
Nisreen Izzati dan Anis Syamimi
No comments:
Post a Comment