KEBURUKAN STRES,DARIPADA DANIEL DAN AFIQ
Setiap manusia di dunia ini tidak terlepas dari mengalamai
ketegangan dan tekanan emosi yang berkaitan dengan pelbagai faktor. Dalam hal
ini setiap individu menpunyai pelbagai cara untuk menangani permasaalahan yang
melibatkan tekanan emosi dan perbezaan cara itu pula akan menentukan sejauh
mana kemampuan mereka dalam menangani masalah tersebut dengan berkesan.
Barlow (1999) pula menyatakan bahawa stress berpunca
daripada gerakbalas fisiologi tubuh badan terhadap ‘stressor’ yang melibatkan
perubahan dan memerlukan adaptasi. Stres adalah kesan daripada permintaan
terhadap badan, maka apabila semua permintaan ini melebihi keupayaan badan
untuk memenuhi atau mengatasinya, akan berlakulah ketegangan.
Seseorang yang dilanda stress akan mengalami kecelaruan
fikiran yang menyebabkan fikiran menjadi kusut dan emosinya akan .terganggu.
Selye (1979) menjelaskan bahawa persoalan ini sering berlaku ke atas remaja
kerana mereka merupakan golongan yang masih mencari identiti diri dan sering
terjebak ke dalam gejala-gejala yang boleh mengganggu fikiran dan emosi.
Panduan yang terancang perlulah diketengahkan agar mereka dapat memandu dan
mengawal diri daripada melakukan perkara-perkara di luar kawalan diri.
Dalam menjelaskan lagi pemahaman terhadap stress, Kalat
(1999) menyatakan bahawa stress adalah komponan kesihatan emosi. Keadaan emosi
yang terganggu boleh mempengaruhi seseorang seperti hilang keyakinan, cepat
meradang, agresif, hilang konsentrasi dan kegelisahan. Remaja merupakan pelapis
yang bakal menjadi pemimpin di masa depan. Jika masyarakat hari ini memandang
sepi akan gejala ini, tidak mustahil suatu hari nanti remaja akan menimbulkan
banyak masalah samada terhadap intitusi keluarga masyarakat maupun negara.
Stastistik WHO menunjukkan bahawa masalah stress dan
tingkahlaku telah mencapai 11% daripada jumlah beban penyakit di dunia, dan
diramalkan peratusan ini akan meningkat kepada 15% menjelang tahun 2020. Kajian
WHO pada tahun 2000 mendapati stress menduduki tempat kelapan di antara 10
penyakit-penyakit utama yang ditanggung oleh manusia. Menjelang tahun 2020 WHO
menganggarkan stress akan meningkat ke paras 2 tertinggi, selepas penyakit
jantung.
No comments:
Post a Comment