DARIPADA:AHMAD MUJAHID DAN AHMAD AIDEEED KESAN-KESAN STRES
Assalamualaikum para hadirin sekalian,saya ingin membentangkan tentang kesan-kesan stres.Dalam jangka masa panjang,stres boleh memberi kesan yang teruk kepada diri kita.Beberapa tindakan perlu diambil untuk mengatasi masalah ini,sekiranya tidak,ia akan memberi kesan kepada diri kita. Antara kesan yang akan kita alami ialah adalah seperti`BURN OUT` atau hilang semangat.Disebabkan terlalu tertekan dengan peristiwa demi peristiwa, seseorang itu mengambil keputusan untuk berputus asa kerana tidak sanggup lagi untuk berhadapan degan situasi dan keadaan yang penuh tekanan itu lagi.Hal ini boleh menjejejaskan perkerjaan,keluarga dan diri mereka bersendiri. Selain itu,tekanan juga boleh menjejaskan aktiviti sosial seseorang itu kerana terlalu tertekan.Individu yang mengalami tekanan biasanya akan merasa rendah diri dan mereka akan memilih untuk bersendiri.Maka berlakunya pengelakan sosial dalam diri mereka.Hal ini menyebabkan mereka tidak bergaul dengan orang ramai seperti biasa. Malangnya keadaan mereka ini akan meletakkan mereka dalam keadaan yang lebih tertekan.Susulan daripada itu,mereka yang berada dalam situasi ini adalah sangat serius.Individu tersebut akan meyebabkan mereka berada ditahap kekecewaan yang teramat sangat.Kekecewaan yang dialami menjejaskan kesihatan mental mereka.Kesan fizikal akibat daripada tekanan juga boleh dilihat,dimana muka mudah menjadi kemerahan dan badan akan mudah keletihan. Cepat letih dari segi fizikal juga berpunca daripada tekanan yang dialami kerana terlalu banyak kekusutan. sekalian wabilah hitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah hiwabaratu.
No comments:
Post a Comment