Daripada: Nurul Izzah & Siti Sagina :)
Assalamualaikum dan salam sejahtera pembuka bicara. Yang saya hormati, tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi adil, barisan pembangkang yang budiman, dan hadirin sekalian. Saya selaku barisan pencadang tetap berdiri teguh mempertahankan tajuk perbahasan kita pada hari ini, iaitu "Stres Membawa Kesan Buruk".
Hadirin sekalian,
Stres adalah gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang yang berlaku pada setiap insan. Stres boleh membawa banyak kemudaratan kepada setiap manusia. Stres boleh
menjejaskan kesihatan mental dan fizikal jika tidak terkawal. Antara contoh-contoh kemudaratan stres terhadap mental dan fizikal adalah seperti sakit kepala, cirit-birit, kesihatan mental terjejas, dan murung.
Stres juga boleh menghilangkan selera makan dan cepat letih. Perubahan sikap sering berlaku kepada diri ketika stres iaitu kuat marah, mudah menangis, mudah bosan, dan hilang keceriaan diri. Selain itu, manusia sering mengambil tindakan negatif seperti meminum alkohol yang berlebihan, kurang berinteraksi dan bergaul dengan orang ramai, dan tahap kekecewaan teramat tinggi.
Hadirin yang dihormati,
Stres juga boleh mengurangkan keyakinan diri dan tidak mampu menguruskan diri dengan betul. Stres juga boleh menyebabkan diri mudah lupa dan mengalami ketegangan otot.
Kita perlu mengambil langah-langkah mengatasi stres yang melampau ini. Antaranya adalah mencari ketenangan seperti melihat pokok-bukau, membaca dan sebagainya. Mengatasi stres dengan cara negatif akan menyebabkan diri lebih tidak teratur.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Sebelum tirai perbahasan saya labuhkan, satu pertanyaan kepada pihak pembangkang yang budiman, adakah ruang dan peluang untuk kalian membidas hujah-hujah bernas kami ini? Sekian terima kasih.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
ReplyDeleteTahniah Sagina dan ahli kumpulan yang lain.
Cuma perbaiki kesalahan kecil diatas.